ANAK KAMBING ANEH DITEMUI!!!!

Anak kambing mata satu mati


GUA MUSANG: Selepas dua hari dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata, anak kambing yang menggemparkan penduduk Kampung Limau Kasturi di sini, mati petang semalam. Anak kambing yang tidak mempunyai hidung itu juga dikatakan mati kira-kira jam 6.30 petang berikutan kesukaran untuk bernafas. Penternak kambing itu, Zabidah Mat, 50, berkata anak kambing berkenaan mati selepas setengah jam diberi susu dan keadaannya amat letih dan tidak boleh bergerak.





"Sejak dilahirkan jam 9 pagi Jumaat lalu orang ramai tidak putus-putus untuk datang melihatnya dan kami sendiri terkejut dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini. Jumaat lalu, ibu kambing milik suri rumah itu melahir dua anak yang kedua-duanya mempunyai satu mata serta tidak mempunyai hidung. Bagaimanapun, seekor daripadanya mati selepas 10 minit dilahirkan. Menurut Zabidah, dia memelihara 35 ekor kambing dan ini adalah kejadian pertama yang dialaminya. "Sebaik saja melahirkan, ibu kambing itu melarikan diri di belakang rumah kerana mungkin terkejut dengan keadaan itu," katanya.



CELAKA!!!!!! KURANG AJAR!!!! TERGAMAK!!!!! Tergamak potong kaki nenek



Pasir Mas: Wanita warga emas putus pergelangan kaki kiri selepas ditetak remaja lelaki yang cuba menyamunnya di rumahnya di Kampung Tanjung Rendang, Lemal, di sini.
Kejadian berlaku kira-kira 6 petang tadi ketika mangsa, Mek Som Mat Diah, 89, berehat di ruang tamu rumahnya bersama seorang anak perempuan berusia 50-an.
Difahamkan, remaja berusia 19 tahun yang juga jiran sekampung mangsa menceroboh rumahnya dan meminta wang.
Bagaimanapun, dia mula bertindak agresif apabila mangsa dan anaknya enggan memberikan wang diminta.
Anak perempuan Mek Som berjaya melarikan diri ketika kejadian, namun Mek Som ditumbuk di muka dan kakinya ditetak dengan senjata dipercayai jenis pisau.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas sebelum dirujuk di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
"Suspek sudah ditahan penduduk kampung yang melihat kejadian dan akan dibawa ke Mahkamah Pasir Mas esok untuk perintah tahanan reman," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing terhadap remaja itu mendapati dia positif dadah.

Kematian Akhiri Penderitaan Bayi Kulit Merekah

BAYI perempuan seberat 1.8 kilogram yang dilahirkan menghidap penyakit aneh, meninggal dunia di Nagpur, India 13 Jun lalu.


Ingat Lagi Bayi Ini Yang Menghidap Penyakit Aneh Yang Dikenali Sebagai Harlequin Ichthyosis, Lihat WAJAHNYA Selepas 2 Minggu Amat MENGERIKAN!

Bayi berkenaan dilahirkan pada Sabtu lalu di Hospital dan Kolej Perubatan Lata Mangeshkar.

Penyakit aneh yang dikenali sebagai Harlequin Ichthyosis, membuatkan kulit penghidapnya keras dan merekah. Rekahan membuatkan beberapa organ dalaman dapat dilihat.
Selain daripada mengalami rekahan pada badan, bayi tersebut juga terdedah kepada risiko jangkitan dan mengalami beberapa komplikasi lain seperti sesak nafas dan dehidrasi.
Penyakit seumpama ini merupakan penyakit genetik dan hanya berlaku sekali dalam setiap 300,000 kelahiran.
Penyakit yang dihidapi bayi perempuan ini membuatkan gambarnya tersebar di laman-laman sosial hinggalan ada segelintir netizen menggelarnya sebagai ‘bayi hantu’ meskipun ramai juga yang berasa simpati. – MYNEWSHUB.CC

KUCHING : (10 FOTO) Pihak Penyelamat Temui Serpihan Helikopter Hilang.




KUCHING - Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.   

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.   

"Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.

DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.






( VIDEO )PANAS! VIRAL GADIS GEMPAL KUTUK PRODUK PELANSING BADAN ORANG MELAYU






Tengah dok jadi viral seorang gadis comel berbadan besar yang memuat naik satu video yang katanya dia tak puas hati dengan satu produk slimming melayu ni. Siap buat laporan polis. Mungkin sebab dia rasa tertipu dengan produk tu. Ok la.. tu hak dia. Kalau dia rasa tertipu dia berhak buat laporan polis & biar polis je siasat samada berasas atau tak tuduhan yang dia buat tu.


Tapi bila dia judge semua produk melayu memang tak bagus tu.. Aku tertanya tanya jugak. Selama ni dia dah try ke produk bukan melayu? Kalau dah berkesan ke? Aku tengok dalam video still gemuk je..  Tak tau la mungkin sebelum ni dia lagi gemuk & lepas guna produk bukan melayu tu badan dia kecik sikit macam size dalam video tu walaupun masih kategori gemuk. Kalau produk yang bukan melayu tu berkesan untuk dia kenapa tak teruskan? Kenapa masih gemuk? Ke dia baru try satu produk slimming dah blame produk melayu tak bagus bagai. Padahal tak pernah try pun apa apa produk slimming tak kira produk melayu atau bukan melayu? Ke macam tu??





INFO : Detail "LAPORAN PENUH" kes cubaan membunuh askar (komando)




INFO DETAIL KES CUBAAN MEMBUNUH ASKAR(KOMANDO)๐Ÿ‘‡
Selamat Petang YDH Tuan
Maklum Kes cubaan bunuh berhampiran kem sungai udang Melaka.
A. Butiran Laporan Polis
1. Repot: Sg Udang/691/16
2. Tarikh: 17/04/2016
3. Masa: 1440 hrs
4. Io Kes: Insp Chew Lai Chang
5. No. Tel : 012-2749097
6. Seksyen : 307KK
B. BUTIRAN PENGADU
1. Nama: Mohd Sukri Bin Rahimin
2. KPT : 821020126419
3. Umur : 33 Tahun 5 Bulan
4. Pekerjaan: Tentera
5. Alamat: Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sg. Udang 76300 Melaka
C. RINGKASAN KES :-
1. Pada 17/04/2016 jam lebih kurang 0915hrs Pengadu telah terima panggilan telefon daripada Kem Sg. Udang, Melaka beritahu (1) anggota pengadu Nama Mohd Daud Bin Karim No Kp: 900411-02-6015 (1162424) telah di masukkan di Hospital Alor Gajah.
2. Sampai Di Hospital Alor Gajah pengadu telah berjumpa penama dan telah diberitahu dipukul oleh (4) orang lelaki bangsa Melayu yang tidak dikenali.
3. Menurut mangsa, beliau datang ke Kem Sg. Udang untuk menyiapkan kerja yang tertangguh, Setelah selesai kerja pada jam lebih kurang 1.00 pagi beliau balik rumah.
4. Setiba Di Jalan 100 Meter ke hadapan Kem Sg. Udang beliau telah disekat oleh (4) orang lelaki yang tidak dikenali dan dipukul dengan kayu di bahagian kepala
5. Beliau seterusnya dibawa ke Empangan Krubung untuk dihanyutkan. Setibanya di Empangan Krubung rancangan untuk menghanyutkan mangsa dibatalkan kerana melihat ramai orang awam yang memancing
6. Beliau kemudiannya dibawa ke Sungai Timun Lubuk China dan dihanyutkan ke dalam sungai dalam keadaan tangan kanan digari dengan kaki kiri dan diikat dengan batu.
7. Beliau telah ditemui oleh orang kampung dan diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Alor Gajah
8. Kemudian pengadu buat repot di balai polis.
D. MANGSA
1. Nama: Mohd Daud Bin Karim
2. No Tentera: 1162424
3. KPT: 900411026015
4. Kerja : Tentera
5. Alamat: Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementah Jln Padang Tembak 50634 K.L
6. Status: Kahwin,2 org anak
E. KECEDERAAN
- 51 tempat luka seluruh badan.
- 80 jahitan di bahagian kepala
D. Hasil Siasatan
1. Menurut pengadu,mangsa adalah seorg yg pendiam dan tiada masalah disciplin dlm Kem.
2. Mangsa memang hadir kerja di Kem dan l/kurang 1.00 pg baru balik rumah.
3. Mangsa balik selesai kerja yg tertangguh waktu cuti
4. Mangsa kerja sebagai kerani pentadbiran di pejabat Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sg Udang
5. Menurut mangsa, kejadian bermula apabila mangsa keluar drp Kem pada jam l/kurang 1.00 pg.
6. Mangsa menaiki m/sikal jenis EX 5 no pendaftaran MBX 7455 dan telah ditahan oleh sebuah kereta butiran tidak pasti dan keluar 4/L Melayu yg tidak dikenali terus memukul mangsa dgn kayu dan batu bata.
7. Kemudian mangsa telah ditarik masuk ke dalam kereta dan digari kedua2 tgn dan kedua2 kaki diikat pada batu bata yg digunakan memukul mangsa.
8. Salah seorg saspek telah menaiki m/sikal mangsa.
9. Semasa dlm perjalanan,salah seorg saspek telah mengeluarkan kata"aku geram kat kau, kalau blh aku nak bunuh kau"
10. Semasa dlm kereta,mangsa telah dipukul dgn kayu dan tangan dalam keadaan kepala mangsa ditekup ke bawah.
11. Seterusnya mangsa telah dibawa ke Empangan Krubung dan dibawa turun daripada kereta dan dicampak ke dlm Empangan.
12. Pada masa itu, mangsa telah digari kaki kanan dan tangan kiri serta diikat kedua2 kaki dgn batu.
13. Kemudian mangsa telah berenang ke arah tebing namun dipukul oleh saspek dan juga diberi amaran"buat bising!aku bunuh kau!"
14. Selepas itu, saspek telah membawa keluar mangsa drp air dan masuk kereta bawa mangsa ke tempat lain.
15. Sampai di sungai Timun Lubuk China,mangsa telah dikeluarkan drp kereta dan dipukul dan mangsa berpura2 pengsan
16. Kemudian mangsa dicampak ke dlm sungai dlm keadaan tangan kanan digari ke kaki kiri manakala kaki kanan diikat dgn batu.
16. Seterusnya mangsa tenggelam ke dlm sungai dan cuba berenang ke tebing sungai sampai di semak dlm sungai.
17. Mangsa berada di dlm sungai l/kurang 15 minit sebelum naik ke darat.
18. Ketika langit mula terang dan mangsa mendapati ada org datang lalu mangsa mendapatkan bantuan drp org itu.
19. Mangsa tidak dpt camkan muka saspek. Mangsa hanya ingat 3 org saspek berbadan besar dan seorg mangsa badan kecil.Lain2 ciri2 fizikal mangsa tidak dpt ingt.
20. Mangsa kini ditahan wad 4-4 di Hospital Melaka utk rawatan lanjut.
E. SASPEK
4/ L Melayu bersenjatakan bata, kayu dan menaiki sebuah kereta butiran tidak pasti
F.BARANG HILANG
1.Sebuah telefon bimbit jenis Samsung Tab 3 no tel :0196890407-prepaid-celcom didaftar atas nama mangsa
2. M/sikal jenis Honda EX 5 no.Pendaftaran MBX 7455.
G.Modus Operandi:
- 4 Lelaki Melayu memukul mangsa dgn Kayu dan batu bata,mangsa digari tangan kanan dan kaki kiri serta diikat batu lalu dihanyutkan di dlm Sg Timun Lubok China
H. Motif
-Cubaan bunuh
I. TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL
1. Rakaman percakapan pengadu,mangsa dan isteri mangsa
2. Ambil gambar kecederaan mangsa.
3. Telah arahkan detektif bertugas untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian ini.
4. Telah pohon bantuan D8 IPK Melaka utk kesan saspek melalui no telefon mangsa
Terima kasih tuan.

credit : FB VIRAL MALAYSIA KINI

TIPS : 5 Langkah/Cara Hilangkan Kutil ( Tumor Fibroid ) Dalam Masa seminggu.


Bagi Anda yang Punya Tumor Fibroid/Kulit Berlebih di Tubuh, Begini Cara

Menghilangkannya

Mereka muncul sebagai kutil pada kulit dengan ukuran hanya beberapa milimeter.

Mereka biasanya memiliki warna yang sama dengan kulit, tetapi mereka dapat berpigmen juga.

Tumor fibroid mungkin tidak berbahaya, tetapi akan kurang enak dilihat bila jumlahnya lebih dari satu.

Bagi Anda yang Ada Tumor Fibroid/Kulit Berlebih di Tubuh, Begini Cara

Menghilangkannya Tumor fibroid sebagian besar terjadi pada orang paruh baya pada daerah leher, ketiak, perut, bawah payudara, kelopak mata dan bagian tubuh lainnya.

Setiap orang memiliki setidaknya satu fibroma pada kulit, sehingga ini bukanlah hal yang aneh.

Berikut adalah cara menggunakan cuka sari apel untuk menghilangkan tumor fibroid: 

1) Cuci daerah sekitar fibroma hanya menggunakan air dan sabun.

2) Gunakan kapas yang dibasahi air untuk membersihkan fibroma dan biarkan kering.

3) Rendam sepotong kapas dalam cuka apel. 


4) Tempatkan kapas di fibroma dan tempelkan perekat di atasnya.

5) Biarkan selama 15 menit, lalu bilas dengan air.


6) Ulangi proses ini tiga kali sehari selama seminggu. Fibroma akan mulai gelap dan akhirnya hilang

Tergantung pada ukuran fibroma, bisa jadi akan ada bekas luka ringan, yang dapat Anda bersihkan dengan krim atau gel Aloe Vera. Selamat mencuba

(10 FOTO) Sebelum Dan Selepas Jutawan Jelita membuang tetek kerana Allah dan Dakwah







Jutawan Jelita membuang tetek kerana Allah dan Dakwah

Beliu terkenal di kalangan usahawan usahawan produk kecantikan dan juga bagi mereka yang mempunyai wawasan dalam bidang perniagaan...

Sedari usia remaja beliau telah berusaha, di awal persekolahan di tingkatan 4 beliau telah berniaga dan di bantu oleh ayahnya, sehingga lah di usia 19 tahun beliau telah menjadi jutawan muda...memiliki duit jutaan ringgit, kenderaan besar Hammer yang menjadi impian muda mudi serta rumah sendiri.

Safiey Illias..seorang jutawan muda yang cantik jelita juga menjadi mentor kepada usahawan usahawan di bawahnya.

Psst : Manusia semuanya di cipta indah...kerana ianya adalah semulia mulia makhluk yang diciptakan Allah.

Mesej Sayu Safiey Ilias Kepada Ali Russia Tentang Keinginannya Untuk Bertaubat








Lagi gambar beliau..









gambar sekitar pembedahan.





Moga ALLAH Sayang Kamu. <3

FB: VIRAL MALAYSIA KINI


INFO : 16 kerjaya gaji yang lumayan walaupun tanpa Ijazah.

1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.
2. Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.
3. Agen Insuran

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.
4. Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang
telah dihasilkan. minat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti diPetronas, MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)
Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.
Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard  DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)
13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.
14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.
15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)
16. RoHS officer
RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.
Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS
Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.
17. Peniaga Online (Dropship)
Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.

"Kita Dah Ada Ulama Sendiri, Kenapa Perlu Jemput Dr Zakir?’ “tidak perlu diberitahu bahawa mereka berada di landasan yang betul” "kerana rakyat Malaysia sudah lama terdedah dengan Islam."– Menteri


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz mempersoalkan keperluan untuk menjemput pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik untuk memberi ceramah di negara ini.

Tegasnya, Malaysia mempunyai ulama atau ahli agama tersendiri untuk dijadikan rujukan rakyat.

Tambah Nazri, walaupun mereka yang menghadiri ceramah Dr Zakir menggambarkan ia sebagai sederhana, adalah tidak menghairankan jika penganut agama lain merasakan perkara yang berbeza.

Akui Nazri, isu yang dikaitkan dengan Dr Zakir ialah mengenai persepsi dan menurutnya persepsi berkenaan adalah berdasarkan kepada apa yang dilakukannya pada masa lalu terutamanya ketika beliau bercakap tentang agama-agama lain.

“Saya fikir jika anda mahu bercakap tentang agama, maka hanya bercakap tentang anda sendiri.

“Semasa membuat perbandingan antara agama, anda terikat untuk membuat kesimpulan bahawa agama anda adalah lebih baik,” kata Nazri seperti yang dipetik dalam satu wawancara dengan sebuah portal berita.

Nazri berkata umat Islam di Malaysia “tidak perlu diberitahu bahawa mereka berada di landasan yang betul” kerana rakyat Malaysia sudah lama terdedah dengan Islam.

Kata Nazri lagi ia bukan satu persoalan mengenai kebebasan bersuara, tetapi bagi memastikan rakyat Malaysia tidak berpecah akibat seseorang yang tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia.

Nazri berkata, Dr Zakir memberikan ucapannya dan beliau akan meninggalkan negara ini.

Namun rakyat Malaysia akan ditinggalkan dengan semua masalah yang mungkin beliau lakukan.

Dr Zakir mencetuskan kontroversi selepas beliau dijemput untuk bercakap di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan topik ‘persamaan antara agama Hindu dan Islam’.

VIDEO : Lelaki Cuba Lamar Teman Wanita Sebanyak 149 Kali NAMUN Teman Wanitanya Lansung tak Perasan!



Pelik kan? macam mana la lelaki ni Lamar sampai 149 kali pon awek boleh tak perasan. Kali ke 149 baru la berjaya! 

Smith dikatakan melamar Claire secara rahsia menggunakan sekeping kad yang tertulis, ‘Will you marry me?’ atau dalam bahasa Malaysia bermaksud, ‘Sudikah awak berkahwin dengan saya?’.
Difahamkan, Smith mendapat idea melamar teman wanitanya ketika mendapat tahu Claire mengandung sekitar Jun tahun lalu.
Smith merakam gambar 148 lamaran secara rahsia kerana mahu mendokumentari kahamilan Claire hari demi hari.
Dalam pada itu, Claire mengaku dia langsung tidak perasan lamaran rahsia ketika mereka merakamkan selfie kerana Smith tidak pernah menggunakan kamera hadapan.
Selain itu, Smith akan merakam sekeping lagi gambar selfie tanpa adanya kad ‘Will you marry me?’ dan menunjukkan pada Claire.
Akhirnya, semasa sambutan hari Krismas, Smith tidak lagi merakam gambar selfiemereka sebaliknya meletak kad lamaran itu bersama patung tanah liat untuk melamar Claire secara rasmi.


JOM TENGOK SUDUTAN VIDEO PENDEK SELFIE SELAMA 149 HARI TU.


(5 FOTO) Netizen KECAM Akaun FAKE Facebook Dato' Seri Vida Tipu Peminat beri HADIAH berharga!

Assalamualaikum semua <3 <3 Siapa yang bakal memiliki beg LV ni.Saya beli je tak pernah pakai.Nak hadiahkan kepada yang bertuah. Syaratnya share post ni.Pemenang saya akan umumkan weekend nanti,, 


STATUS DI MUAT NAIK SEBELUM INI.
 Muahh

WAH WAH..  habis basah kena kencing

Akaun  FAKE Facebook  Dato' Seri Vida Tipu Peminat beri hadiah berharga seperti beg LV,handphone dengan syarat likers semua share, siapa yang bertuah di akan di pilih, :D

ANTARA KOMEN NETIZEN :

"Mungkin yg buat fake acc ni nk test stakat mana mentality IQ rakyat msia bila ditawarkan brg free beg2 berjenama mahal..brapa ramai yg komen nak siap puji memuji berdoa dn share..beribu2 kan.so tuan puan nilai lh sendiri. Klau hanya sebiji beg yg ditawarkan mungkin masuk akal..tp berbiji2 nk bg free logik ke"


ANTARA BARANG YANG DI SAJIKAN KEPADA PEMINAT.








VIDEO : Rizab tunai negeri ini mencecah RM3 bilion dan pendapatan syarikat berkaitan negeri pula sebanyak RM7.5 bilion. SULTAN JOHOR cadang tubuh 'Bank of Johor'


Memetik Malaysiakini, Sultan Johor mencadangkan penubuhan sebuah bank sendiri Bank of Johor untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat negeri itu.
"Bank ini akan memberikan perkhidmatan kewangan kepada rakyat Johor, bukan sahaja untuk tujuan pinjaman perumahan atau pembiayaan projek pembangunan, tapi juga untuk simpangan tabungan dan pelaburan," titah baginda.
Baginda bertitah, kerajaan negeri dan syarikat berkaitannya dapat menjadi pemegang saham dalam bank itu.
Katanya, Rizab tunai negeri ini mencecah RM3 bilion dan pendapatan syarikat berkaitan negeri pula sebanyak RM7.5 bilion.
WAHHH.. UNTUNG LA RAKYAT JOHOR.

PANAS : ( FOTO ) “Cukuplah Mira tampil di sini, nak beritahu, nak tunjuk, ini adalah gambar yang sebenar,”

Agak hangat juga gosip berkaitan Mira Filzah kali ini apabila sebuah foto yang menunjukkan beliau beraksi lucah menjilat jeli berbentuk kemaluan lelaki mula tersebar di Internet.
 Sambutan majlis harijadi Mira yang diadakan baru-baru ini.
ADAKAH? Mira betul-betul melakukan perkara itu ataupun ia sekadar edit sahaja oleh pihak yang sengaja ingin memburukkan beliau.

JOM TENGOK PENJELASAN GAMBAR SEBENAR 


SEMASA :(2 FOTO) GAMBAR TROLL PALING WIN. KJ "JAWAB" isu hadiah rendah dalam Junior Cycling Malaysia (JCM).



MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui jumlah wang yang diberikan sebagai hadiah kemenangan dalam program Junior Cycling Malaysia (JCM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara (MSN) sememangnya kecil.

Namun begitu, Khairy berkata JCM memilih untuk buat demikian memandangkan apa yang paling penting untuk kategori umur kanak-kanak adalah minat, pengalaman penyertaan dan kemahuan untuk menang malah bukan kerana habuan wang.

“Jika dari peringkat kanak-kanak kita sudah biasakan mereka dengan hadiah wang tunai, saya risau mereka akan lupakan matlamat utama mereka berjuang dalam sukan,” tulis beliau di laman Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, Khairy mendapat kecaman hebat daripada netizen berikutan daripada pemberian hadiah bagi program JCM yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu dianggap seolah seperti tidak berbaloi.


Dalam pada itu, Khairy berkata, pihaknya mahu peserta-peserta program tersebut membesar dengan nilai serta sikap yang betul.

“Ya, wang memang penting dan jika mereka berjaya dalam sukan, mereka akan mendapat ganjaran dari segi kewangan di kemudian hari tetapi jangan kita merosakkan mereka ketika mereka masih muda.

"Biarkan mereka mahu menang demi untuk menang, untuk menjadi yang terbaik bukan kerana wang tetapi kerana kesungguhan dan penghormatan,” katanya.

Selain daripada itu, Khairy turut memaklumkan bahawa hadiah kemenangan tersebut telah dimaklumkan kepada semua peserta sebelum pendaftaran malah dipaparkan dalam laman web JCM dan tiada sebarang isu yang timbul.

Tambah beliau, rata-rata ahli keluarga peserta yang membawa anak mereka tidak memikirkan mengenai soal hadiah wang tunai namun mereka mengorbankan masa demi minat anak-anak dalam sukan tersebut.

“Kalau ada perkara yang perlu diperbetulkan, ia merupakan pemberian mock cheque kepada pemenang-pemenang. Itu akan dihentikan untuk acara-acara JCM kelak,”katanya.

Dalam pada itu, susulan daripada penyebaran foto Khairy menyampaikan replika cek yang menjadi viral di laman sosial tersebut, terdapat pihak cuba mengambil kesempatan dengan mengubahsuai gambar terbabit untuk dijadikan bahan jenaka.

Menerusi foto yang dimuat naik ke laman sosial Facebook OhBulan! menunjukkan gambar-gambar yang menjadi viral tersebut diubah suai dengan kapsyen yang dilihat seolah-olah seperti menyindir Khairy.

Namun begitu, terdapat juga sesetengah netizen yang mempertahankan Khairy dan beranggapan beliau tidak mengetahui mengenai pemberian hadiah tersebut.

ANTARA TROLL KEPADA JCM


CREDIT :SINARHARIAN

Kategori

Kategori