GUA MUSANG: Selepas dua hari dilahirkan dengan hanya mempunyai satu mata, anak kambing yang menggemparkan penduduk Kampung Limau Kasturi di sini, mati petang semalam. Anak kambing yang tidak mempunyai hidung itu juga dikatakan mati kira-kira jam 6.30 petang berikutan kesukaran untuk bernafas. Penternak kambing itu, Zabidah Mat, 50, berkata anak kambing berkenaan mati selepas setengah jam diberi susu dan keadaannya amat letih dan tidak boleh bergerak.
"Sejak dilahirkan jam 9 pagi Jumaat lalu orang ramai tidak putus-putus untuk datang melihatnya dan kami sendiri terkejut dengan kejadian itu," katanya ketika ditemui di rumahnya, hari ini. Jumaat lalu, ibu kambing milik suri rumah itu melahir dua anak yang kedua-duanya mempunyai satu mata serta tidak mempunyai hidung. Bagaimanapun, seekor daripadanya mati selepas 10 minit dilahirkan. Menurut Zabidah, dia memelihara 35 ekor kambing dan ini adalah kejadian pertama yang dialaminya. "Sebaik saja melahirkan, ibu kambing itu melarikan diri di belakang rumah kerana mungkin terkejut dengan keadaan itu," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/168549

1 comments:
Hi Abang/Kakak,
I am Lesia from MGID, a global native ad network.
I would like to offer you to place our ads on Viral-malaysiakini and reach your company's monetization goal via:
the highest rates, namely up to $0.5 eCPM;
compatibility with Google AdSense;
a bunch of ad solutions, such as native ads, banners, AMP, etc.;
flexible payment terms;
24/7 support from a personal account manager.
Would you like to continue in WhatsApp for easier communication or e-mailing is more comfortable for you?
EmoticonEmoticon